Assalamualaikum..
Bila aku terbuka link kat blog aku sendiri semasa mengoogle. Baru aku mula mengingati kembali blog lama ini. Berkulat.. ekeke..
Bila baca entry2 lama, rasa nak tergelak sorang. Apalah begitu naif dan bongek aku tika aku menaip dengan penuh kejujuran waktu dulu2. Malu.. tapi aku tak delete. kenangan kot.
Dah tahun 2020 sudah. Fuh.. Alhamdullilah masih diberikan nyawa oleh DIA yang DI ATAS. Syukur.. aku hidup juga tidak terlalu susah tidak juga terlalu senang. Semoga rezeki ini berterusan sehingga akhir hayat.
Pergolakan 2020. Bermula Januari, Kita dikejutkan dengan wabak korona virus yang bermula di Wuhan China. Kita menjangkakan melihat kereta terbang, Malangnya, yang terbang hanyalah duit sahaja sejak dulu. Kita dikejutkan dengan berita kematian mengejut selebriti Abam dan Ashraf Sinclair. Sesungguhnya kematian memang tidak mengira usia. Sedikit sebanyak menyedarkan kita kembali yang leka dengan dunia. Semoga pengakhiran hidup aku berakhir dengan husnul khotimah seperti yang diinginkan oleh setiap manusia. Kerana mereka selebriti kita melihat kematian2 yang begitu dekat jarak. Sedangkan saudara2 dan rakyat marhean ramai yang telah pergi lebih awal cuma kita mengabaikan.
Hari ini negara sedang dalam pergolakan politik. Perletakan jawatan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir membuatkan rakyat tertanya tanya siapakan bakal PM seterusnya. Aku sebagai rakyat marhean, hanya membaca berita dan tetap kena kerja meneruskan sisa2 perjuangan untuk hidup di dunia sementara ini selagi diberikan nyawa dan kudrat.
Mengharapkan, Aku sendiri cekal dan kuat.
Menjadi orang dewasa tidak mudah.
semoga aura positif sentiasa di sekeliling aku.
Semoga aku dapat jadi orang2 yang baik.
Tuesday, February 25, 2020
Tuesday, November 12, 2019
Pergi
Assalamualaikum
Jarang lah aku tunjukkan emosi aku depan orang. Orang selalu kata aku ni hati kering.
Tapi semalam tumpah juak air mata.
Seorang kawan yang akrab bakal berpindah. Mendengar perkhabaran itu, aku terkelu dan terkaku seketika. Gembira bagi pihak nya namun sedih kerana kawan yang sudah 8 tahun bersamaku kini bakal tinggalkan aku sorang2 tercangok melihat.
Apa pun, tahniah kawan.
Semoga kau terus kekal hebat dan positif dalam meneruskan perkhidmatan. Doakan yang baik2 untuk aku juga.

Tuesday, November 5, 2019
Hari2 yang berlalu
Assalamualaikum..
Rasanya tiada lagi kisah doodle atau kartun dari aku. Dah pencen dah nak menyentuh segala mak nenek yang melibatkan laptop, paint, phothosop, ai ke apa2 aje lah. Komitmen kerja dan ketiadaan internet buatkan aku melupakan hobi ku pada suatu ketika dulu. Internet yang kejap ada kejap tak ada ni buatkan aku menjadikan internet sebagai penghubung segera sahaja seperti whatsapps. Tiada capaian ke web2, blog2, atau media sosial yang lain seperti fb, atau instagram. Capaian internet yang lemah membuatkan aku hilang minat nak meneroka, melihat dan membaca secara talian.
Mungkinkah kerana usia atau kerana aku memang lah sebegini orangnya.
Kerja siang malam. Keperluan hidup menggesa aku untuk tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Menjadi pekerja pendiam dan komited. Itulah setiap hari2 yang aku lalui.
well.. asalkan di penghujungnya aku bahagia melihat keluarga ku duduk makan semeja sambil senyum dan ketawa. Lagi2 wajah kedua orang tua ku. Bahagia melihat mereka tersenyum dan tertawa.
.
Semoga hari2 kita terus dilimpahi rezeki dan kebahagiaan. Semoga kita selalu jadi orang baik2. InshaALLAh amin.
lapaq perut ceq. Nak kena cari nasik. kekeke. bai

Monday, November 4, 2019
Desakan hidup
Assalamualaikum..
Hari ini baru 4 November. Permulaan November yang agak 'sakit' dari segi ekonomi.
Bagi yang dah berkahwin, kisah kewangan memang berkisar tentang pendidikan anak, kesihatan anak, keperluan anak ( pakaian, makanan, hiburan ) dan ditambah dengan kos minyak, tol dan yuran2 pentadbiran lain yang agak besar jumlah nya.
Gaji aku bagi bulan Oktober untuk dipakai di bulan November telah mencapai negatif. Walau bukan aku yang terdesak tetapi kerana memikirkan banyak jasa keluargaku kepadaku. Serta bagaimana kami adik beradik saling membantu sejak dulu, Rasanya dah giliran aku untuk membantu pula.
Menghabiskan pengajian bukan sekadar masa dan tenaga yg dikeluarkan tetapi semestinya duit. Selama pengajian keluarga lah yang banyak menghulurkan bantuan dari segi kewangan mahupun kudrat sehingga aku mampu ke tahap sekarang.
Aku mengharapkan aku dan ahli keluargaku dilimpahi rezeki harapnya. Amin

Ekonomi bagi diri aku sakit sebab kerana komitmen sekiling yang menyebabkan aku turut terkesan secara langsung.
Keluarga aku sangat2 diduga dengan desakan kewangan dek kerana banyak faktor. Apa yang aku lihat, apabila jumlah ahli keluarga ramai tetapi lebih selesa dengan tidak bekerja walaupun sudah mencapai umur 20 itu agak merungsingkan. Ini setelah dikira tidak mahu sambung belajar di mana2. Jika sambung belajar, kiraan aku, mungkin kewangan sama seperti sekarang. tetapi dengan hasil yang lebih baik. sekurangnya dapat sijil, diploma atau ijazah.
Bagi yang dah berkahwin, kisah kewangan memang berkisar tentang pendidikan anak, kesihatan anak, keperluan anak ( pakaian, makanan, hiburan ) dan ditambah dengan kos minyak, tol dan yuran2 pentadbiran lain yang agak besar jumlah nya.
Gaji aku bagi bulan Oktober untuk dipakai di bulan November telah mencapai negatif. Walau bukan aku yang terdesak tetapi kerana memikirkan banyak jasa keluargaku kepadaku. Serta bagaimana kami adik beradik saling membantu sejak dulu, Rasanya dah giliran aku untuk membantu pula.
Menghabiskan pengajian bukan sekadar masa dan tenaga yg dikeluarkan tetapi semestinya duit. Selama pengajian keluarga lah yang banyak menghulurkan bantuan dari segi kewangan mahupun kudrat sehingga aku mampu ke tahap sekarang.
Aku mengharapkan aku dan ahli keluargaku dilimpahi rezeki harapnya. Amin
Wednesday, September 11, 2019
Menjengah
Assalamualaikum..
Tetiba tergerak hati membuka blog. Mujur masih ingat email dan kata laluan..
.
Tiada sebab kenapa tiba-tiba blog ini sunyi buat beberapa tahun. Tak nak bagi apa-apa alasan. Apa pun, gembira juga kerana blog ini masih sedia wujud.
.
Dah beberapa tahun berlalu, mesti semuanya dah berubah. Ada yang dah bertukar status, ada yang bertukar pangkat menjadi mak atau bapak, ada yang bertukar keadaan ekonomi, dan semestinya ada yang semakin kacak dan jelita.
.
Negara juga sudah bertukar pemerintahan.
.
Aku, usia yang semakin dewasa ini dengan begitu banyak komitmen. Aku mengharapkan dikelilingi kawan-kawan yang positif. Semoga kita sama-sama positif. InshaALLAH amin.

Friday, August 18, 2017
saya ok
Assalamualaikum
2014 - 2017
Wah.. agak lama aku meninggalkan blog ini.
Permulaan tahun yang agak memenatkan. Yelah, kerja yang tak pernah berhabisan. Seterusnya satu lagi tambah satu demi satu tugasan kerja diberi.
Dan aku hanya hidup di dalam dunia aku sendiri.
Sampai seorang kawan ku pernah kata..
Sebab kerana kerja, aku jadi hilang life.
Tapi..
Bila difikir fikir balik. Sebenarnya orang lain lebih banyak kerja. Keadaan ekonomi skrg agak teruk jatuh. Minyak petr pulak asyik turun naik. Naik nya kerap. Turun nya jarang. . Alamak. Ada call penting. Babai

Thursday, September 11, 2014
Hilang
Salam..
hilang apa?
Hilang la..
hilang.
ada sesuatu yg hilang. oh..
saya cuba cari.
saya dpat cari. yup, mmg jumpa. yahoo
.
saya terima, seperti biasa.
namun ada bisik di kepala
saya tutupnya dengan berlagak bersahaja,
tanpa sedar, suis auto ditekan. click!
badan bertindak secara spontan.
riak wajah mula ketara,
mendengar tanpa bicara,
melihat tanpa rasa.
menoleh seperti dipaksa.
.
kali ini,
saya sengaja hilangkannya.
kerana..
saya kecewa dan begitu terasa
ya..
kali pertama tinta bergenang.
saat berborak menghentam.
dan saya cuba melupa
tusukan kata keangkuhan.
.
namun,
tika berada di gua,
Datang sebak bersama hiba.
ok. saya mengaku kalah.
saya hanya senyum
.
tapi.. senyum saya agak kelat.
saya tak tahu kenapa.
banyak mkn coklat? pahitnya masih tersisa
mana pergi manis?
ditiup angin.
Laa.. awat ang tak telan manis tu?
Ahh.. benci
biarlah hilang.
~entry kejiwaan yg bahang rambang
bai

Subscribe to:
Posts (Atom)