Hari ni, buka2 je blog, aku dapat dah doodle trade daripada merah itu jambu. Yang pasti, warna favorite beliau adalah merahjambu. Ini dia doodle dari beliau. Nice kan. cute.. Model selendang lagi. Nak juga kah?? Jangan tanya aku, tanya beliau sendiri. Jom terjah blog beliau.
Doodle aku pulak, semua warna aku tibai. Aku tak tahu nak fokus warna apa. Walaupun aku cakap dah tak art trade doodle, tapi mengikut bacaan komen2 blogger, ada beberapa yang nak art trade. Sungguh, aku menghargainya. Tq banyak2.
Seperti sedia maklum, Aku khuatir aku tak dapat melukis sebab kesibukan dunia. Menghasilkan satu2 doodle juga mengambil masa. Aku jadi resah bila aku tak dapat buat apa yang orang nak. Itu sebab la aku stop art trade ni. Harap tak ada sesiapa2 tersinggung.
Baiklah, aku ada lukis beberapa doodle lagi buat rakan2 blogger yang minta.
Ini untuk Marjan Ibtisam. Yang mana beliau suka pada doodle pada entri kawan. Jadi beliau ingin doodle trade satu. Ini doodle anda.
Encik Hans pula, menyuruh aku buat doodle lelaki. Aku tak pernah buat doodle lelaki lagi setakat ni. Erm..Aku akui, aku tak pandai mana lukis doodle lelaki. Lelaki perlu ke nampak cute, atau sepatutnya nampak macho??. Rambut lelaki pun payah maa..
Tapi aku try la buat juga. Sila la blogger Hans lihat.
Maaf, buruk. Aku dah cakap, aku tak pandai lukis doodle lelaki.
Dan Ini pula, buat Encik Sifu Im. Pendidik negara. Sifu ni katanya, suruh lukis yang kacak untuk dia. Nak yang kacak saja ya. Habis nak letak mana yang kurang kacak.. hek3
Ok cukup dulu. Ini last ok aku art trade ok. Maaf semua.
Dan terima kasih pada mana2 blogger yang sudi doodle art trade dengan aku. Blogger2 yang buka doodle art trade ni, memang terbaik la aku cakap. Korang betul2 menjadikan melukis satu perkara yang menyeronokkan. Aku betul2 salute. Aku suka. Cuma aku sahaja yang lemah, tak mampu untuk meneruskannya lagi.
akhir kata. salam ramadhan.. tinggal 16 hari lagi kan untuk raya.
sila jangan cuba2 ponteng puasa tanpa sebab munasabah ok.
Assalamualaikum.
akhir kata. salam ramadhan.. tinggal 16 hari lagi kan untuk raya.
sila jangan cuba2 ponteng puasa tanpa sebab munasabah ok.
Assalamualaikum.
8 comments:
seronok la tgk org pandai buat doodle neh...
cute2 semua tengok tau..nak wat sndri xreti...(sbnrnya pemalas)heheh
cute je semua...! :)
perghhh.. smart ar doodle2 dii atas.. jeles tgk.. aku.. langsung tak pandai..
wah...cantik laa nampak macho...
Waaa..Comel2x^^
iLa HoneyBunny : Tq. feza buat doodle time2 takde keja je.
Mekz's : Smile..
adan : feza pun baru belajar juga ni adan.
merahitujambu : erk..macho ya. doodle lelaki tu ke? mujur la. kalau cute. tak ke pelik
AnaAnis.Muslimah : Tq
cutenya.tq ye.doodle utk awk tak buat lagi..rasa xlawa pula nak banding dgn awk buat
ohhh..tapi comeiii..
yang muslimah tu suka tgk...hehe
Post a Comment