Saturday, September 4, 2021

Move on?

 Assalamualaikum..

Aku ni ingin jadi sepositif mungkin dalam hidup. Nak jadi baik. 

Tapi kadang2. Tersilap langkah. Atur lagi langlah baru. Usia begini aku sepatutnya tenteram. Tp rasanya aku dah jauh tersadung dan tenggelam .

.

Mimpi yang tak lena. Menangis hampir setiap malam tanpa sebab. Kesukaran tido. Hati mula jadi sangat2 tisu. Bila terlalu terikat  dan akhirnya terlerai. Sakit tu..  payah nk cerita. Aku hanya perlu move on katanya 

.

Tp aku nk simpan. Aku tak nak buang. Sbb tu kenangan indah aku. Kenapa orang mudah membuang kenangan. Tiba2 berubah. Aku dituduh play victim. Aku kelu. Aku ka?.

.

Lps tu mintak aku move on. Eh suka hati aku la aku tak nak move on. Aku nak simpan kemas2 dalam hati aku. Tp aku dah tak kacau org. Aku simpan untuk aku hidup. 

.

Jangan paksa. Kau nak pergi. Pergi. Aku memang selalu lihat org2 sekelilingku pergi. Takdir aku mmg begini. Jgn minta aku lupa. Sbb aku takkan lupa. 

.


Wednesday, March 24, 2021

Aku pada hari ini

 Assalamualaikum dan selamat petang.

Sedar tak sedar aku dah melewati satu fasa usia melebihi 3 dekad sudah. Alhamdulillah..

Bila dah di tahap usia dewasa ini, banyak perkara aku belajar. Sememangnya benar.. 

Dewasa, aku belajar mengawal kemarahan dan lebih banyak  sabar dalam apa jua situasi. Fikir pada tindakan yang aku buat akan beri kesan mungkin kesan jangka pendek atau kesan jangka panjang.

Alhamdulillah..

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Tuesday, February 25, 2020

Pergolakan 2020

Assalamualaikum..

Bila aku terbuka link kat blog aku sendiri semasa mengoogle. Baru aku mula mengingati kembali blog lama ini. Berkulat.. ekeke..

Bila baca entry2 lama, rasa nak tergelak sorang. Apalah begitu naif dan bongek aku tika aku menaip dengan penuh kejujuran waktu dulu2. Malu.. tapi aku tak delete. kenangan kot.

Dah tahun 2020 sudah. Fuh.. Alhamdullilah masih diberikan nyawa oleh DIA yang DI ATAS. Syukur.. aku hidup juga tidak terlalu susah tidak juga terlalu senang. Semoga rezeki ini berterusan sehingga akhir hayat.

Pergolakan 2020. Bermula Januari, Kita dikejutkan dengan wabak korona virus yang bermula di Wuhan China. Kita menjangkakan melihat kereta terbang, Malangnya, yang terbang hanyalah duit sahaja sejak dulu. Kita dikejutkan dengan berita kematian mengejut selebriti Abam dan Ashraf Sinclair.  Sesungguhnya kematian memang tidak mengira usia. Sedikit sebanyak menyedarkan kita kembali yang leka dengan dunia. Semoga pengakhiran hidup aku berakhir dengan husnul khotimah seperti yang diinginkan oleh setiap manusia. Kerana mereka selebriti kita melihat kematian2 yang begitu dekat jarak. Sedangkan saudara2 dan rakyat marhean ramai yang telah pergi lebih awal cuma kita mengabaikan.

Hari ini negara sedang dalam pergolakan politik. Perletakan jawatan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir membuatkan rakyat tertanya tanya siapakan bakal PM seterusnya. Aku sebagai rakyat marhean, hanya membaca berita dan tetap kena kerja meneruskan sisa2 perjuangan untuk hidup di dunia sementara ini selagi diberikan nyawa dan kudrat.

Mengharapkan, Aku sendiri cekal dan kuat.
Menjadi orang dewasa tidak mudah.
semoga aura positif sentiasa di sekeliling aku.
Semoga aku dapat jadi orang2 yang baik.


Tuesday, November 12, 2019

Pergi

Assalamualaikum

Jarang lah aku tunjukkan emosi aku depan orang. Orang selalu kata aku ni hati kering.
Tapi semalam tumpah juak air mata.

Seorang kawan yang akrab bakal berpindah. Mendengar perkhabaran itu, aku terkelu dan terkaku seketika. Gembira bagi pihak nya namun sedih kerana kawan yang sudah 8 tahun bersamaku kini bakal tinggalkan aku sorang2 tercangok melihat.

Apa pun, tahniah kawan.
Semoga kau terus kekal hebat dan positif dalam meneruskan perkhidmatan. Doakan yang baik2 untuk aku juga.

Tuesday, November 5, 2019

Hari2 yang berlalu

Assalamualaikum..

Rasanya tiada lagi kisah doodle atau kartun dari aku. Dah pencen dah nak menyentuh segala mak nenek yang melibatkan laptop, paint, phothosop, ai ke apa2 aje lah. Komitmen kerja dan  ketiadaan internet buatkan aku melupakan hobi ku pada suatu ketika dulu. Internet yang kejap ada kejap tak ada ni buatkan aku menjadikan internet sebagai penghubung segera sahaja seperti whatsapps. Tiada capaian ke web2, blog2, atau media sosial yang lain seperti fb, atau instagram. Capaian internet yang lemah membuatkan aku hilang minat nak meneroka, melihat dan membaca secara talian.

Mungkinkah kerana usia atau kerana aku memang lah sebegini orangnya.

Kerja siang malam. Keperluan hidup menggesa aku untuk tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Menjadi pekerja pendiam dan komited. Itulah  setiap hari2 yang aku lalui.
well.. asalkan  di penghujungnya aku bahagia melihat keluarga ku duduk makan semeja sambil senyum dan ketawa. Lagi2 wajah kedua orang tua ku. Bahagia melihat mereka tersenyum dan tertawa.
.
Semoga hari2 kita terus dilimpahi rezeki dan kebahagiaan. Semoga kita selalu jadi orang baik2. InshaALLAh amin.

lapaq perut ceq. Nak kena cari nasik. kekeke. bai

Monday, November 4, 2019

Desakan hidup

Assalamualaikum..

Hari ini baru 4 November. Permulaan November yang agak 'sakit' dari segi ekonomi.
Ekonomi bagi diri aku sakit sebab kerana komitmen sekiling yang menyebabkan aku turut terkesan secara langsung. 

Keluarga aku sangat2 diduga dengan desakan kewangan dek kerana banyak faktor. Apa yang aku lihat, apabila jumlah ahli keluarga ramai tetapi lebih selesa dengan tidak bekerja walaupun sudah mencapai umur 20 itu agak merungsingkan. Ini setelah dikira tidak mahu sambung belajar di mana2. Jika sambung belajar, kiraan aku, mungkin kewangan sama seperti sekarang. tetapi dengan hasil yang lebih baik. sekurangnya dapat sijil, diploma atau ijazah. 

Bagi yang dah berkahwin, kisah kewangan memang berkisar tentang pendidikan anak, kesihatan anak, keperluan anak ( pakaian, makanan, hiburan ) dan ditambah dengan kos minyak, tol dan yuran2 pentadbiran lain yang agak besar jumlah nya.

Gaji aku bagi bulan Oktober untuk dipakai di bulan November telah mencapai negatif. Walau bukan aku yang terdesak tetapi kerana memikirkan banyak jasa keluargaku kepadaku. Serta bagaimana kami adik beradik saling membantu sejak dulu, Rasanya dah giliran aku untuk membantu pula.

Menghabiskan pengajian bukan sekadar  masa dan tenaga yg dikeluarkan tetapi semestinya duit. Selama pengajian keluarga lah yang banyak menghulurkan bantuan dari segi kewangan mahupun kudrat sehingga aku mampu ke tahap sekarang.

Aku mengharapkan aku dan ahli keluargaku dilimpahi rezeki harapnya. Amin



Wednesday, September 11, 2019

Menjengah

Assalamualaikum..

Tetiba tergerak hati membuka blog. Mujur masih ingat email dan kata laluan..
.
Tiada sebab kenapa tiba-tiba blog ini sunyi buat beberapa tahun. Tak nak bagi apa-apa alasan.  Apa pun, gembira juga kerana blog ini masih sedia wujud.
.
Dah beberapa tahun berlalu, mesti semuanya dah berubah. Ada yang dah bertukar status, ada yang bertukar pangkat menjadi mak atau bapak, ada yang bertukar keadaan ekonomi, dan semestinya ada yang semakin kacak dan jelita.
.
Negara juga sudah bertukar pemerintahan.
.
Aku, usia yang semakin dewasa ini dengan begitu banyak komitmen. Aku mengharapkan dikelilingi kawan-kawan yang positif. Semoga kita sama-sama positif. InshaALLAH amin.
.