

dan kemudian..projek seterusnya kena buat satu filem yang mana kerjanya perlu membuat poster dan paper bag bagi filem berkenaan. hehe..dan hasilnya seperti di bawah.


Masalah
Pernah tak dengar pepatah ni “Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling mudah”. Macamana dapat kita pastikan kata-kata ini benar dan tidak hanya pada kata-kata. Baiklah, Bercerita tentang masalah yang aku rasa agak sukar untuk aku handle ialah masalah yang melibatkan masalah menjaga perasaan orang lain. Walaupun ianya mungkin dilihat masalah kecil tapi tidak pada aku.
Berada di Universiti bertaraf pendidikan memang menjadi satu sanjungan dan penghormatan bagiku. Namun, kita hanya manusia biasa. Dalam menempoh 4 tahun waktu belajar menjadi seorang pendidik pada masa depan, pelbagai jenis orang kita hadapi. Sebelum tu , perlulah tahu aku ni jenis orang yang macamna kan. Aku orang yang tak suka tengok kawan-kawan bergaduh. Sebab nya , aku tak ramai kawan, sebabnya aku ni memang low profile sikit. Jadi bila aku ada kawan yang baik aku akan berusaha untuk menghargainya. Selain itu, aku tak suka jenis kawan yang suka menjatuhkan orang lain. Walaupun aku tahu aku bukan lah baik sangat, dan ada banyak kelemahan, tapi pasal suka menjatuhkan orang ni la aku paling benci.
Pepatah “Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain” sentiasa aku ingat, Namun tak semua orang faham maksud menghormati yang sebenarnya. Seorang kawan yang baik tak seharusnya membongkar sifat buruk kawannya ini pada orang lain yang kita sendiri kenal walhal diri nya juga punya sifat buruk yang nyata.
Penyelesaian
Menghadapi masalah kawan yang suka menjatuhkan orang lain bagi aku sangat sukar untuk berhadapan dengan orang seperti ini. Lebih-lebih lagi dia mempunyai kelebihan yang sememangnya aku sukar tandingi. Kebolehan komunikasinya hebat, keyakinannya, dan personalitinya juga boleh menyebabkan orang fikir aku ini yang sebenarnya yang ingin mencari musuh. Kerana kelebihan yang dia ada menyebabkan aku rasa aku tidak mampu untuk melawan semula. Dia hebat dalam berkata-kata dan mencari pengaruh. Itu aku akui.. bagaimana kuat aku mengatakan “tidak” orang sudah tak pecaya pada kata-kata aku. Namun satu perkara buat aku setiap hari ingin bangkit bersemangat setiap hari ialah motivasi.
Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa. Oleh itu, aku ingin menjadi orang yang luar biasa itu dan kembali bermujahadah. Sebenarnya aku tahu, apabila kita menunding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya tiga jari anda telah menunding kepada diri sendiri. Namun begitu, aku bukanlah juga manusia yang betul semua pelakuan. Hadiah yang paling berharga untuk kawan ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya
Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan. Nak belajar buat cara nak belajar kerana insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai. Masalah ini akhirnya bukan lagi masalah yang sukar malah menjadi penaik semangat ku untuk terus tabah mengharungi hidup.

yang ini pulak web yang diajar oleh en fadhil menggunakan dreamweaver. ni first time guna software ni. mula2 tu agak pening jugak nak buat. byk mistake lar.. dah ler belaja dalam 10 minit. pensyarah just tunjuk cara nya dengan dia duk tekan2 laptopnya sambil kita ni terkebil2 tengok. menguji daya ingatan jugak. dah la aku ni confuse penggunaan shotcut keyboard. kalau setakat ctrl+c or ctrl+v aku tahu. tapi kalau dah banyak.leh ter'confuse' key mana yang nak kena tekan. Web ini sepatutnya ada trailer. tapi semenjak format laptop..tak kuar la pulak trailer dia.huhuu..ni dia punya layout web tu yang aku print screen kan.
manakala sem dua juga kami belajar typografi.Apa typografi tu? masa mula2 dengan aku penin jugak, apa menda tu.. so bila aku belaja, jadi aku tahu la typografi tu adalah jenis-jenis muka taip .masa tu cik Izatti yang ajar. walaupun begitu,disebbkan beberapa masalah sikit jadi pensyarah aku tak banyak masuk kelas, kami hanya diberikan tugasan. mana tak gelabah. ajar pun kurang alih2 dapat due date hantar asignment. mati lor. tapi aku suka cik izzati. masa dia masuk kelas, dia ajar mana yang sempat. Projek akhir masa tu kena wat poster menggunakan typo sahaja. dah nama pun belaja typo. dan hasil poster ku seperti di bawah. yang bertajuk..ingat lah orang tersayang. :)
Ok lah..setakat tu dulu kita waktu kita imbas kembali.lain kali aku masukkan lagi.babaii
Tugasan pertama telah berjaya dilakukan, kali pertama saya membuat panorama gambar bengkang bengkok jadinya.wawawa.. tapi, pemahaman saya tentang panorama dah semakin baik.terima kasih pada rakan2 seperjuangan yang banyak membantu. Assignment kedua pula, kami perlu membuat satu dokumentari berkaitan kebudayaan. Assigment kedua ini dilakukan secara berkumpulan..Dan nampaknya..tugasan semakin mencabar. kena berlakon rasanya..ermm mcmna ya.
bukan aku tak nak masukkan hasil kerja kedua tu, tapi sampai la sekarang aku tak pernah dapat video tu dan tak pernah tgk pun. apa kes ni?? haha, disebbkan ini kerja group, video akhir yang dah siap diedit, dicantum dan di buat tu aku tak dapat softcopynya. hanya ketua kumpulan je yang ada video last tu.so tak dapat la aku letak. tapi masa tu pengembaran filem untuk tajuk hari raya tu melibatkan beberapa tempat. kebanyakkannya adalah di sabak bernam di rumah kawan nya incik pailang. kalau tak silap namanya hisham. hah, itu mmg first aku datang sabak bernam. tempat2 lain seperti di pasar malam sg besar, sebuah kedai baju di tangjung malim dan sebuah rumah makcik di area2 Universiti. ok.citer pasal projek tu tamat disini ok. next..
Tugasan terakhir advertising III pula adalah membuat mockup untuk both produk yang aku pilih iaitu kuih denderam. banyak hal jugak sebelum tajuk ni leh di approve kan. kena buat banyak design2 untuk pengiklanan kuih tu seterusnya yang terakhir kerjanya ialah bina mockup. so, inilah mockup yang aku bina.huhuu..
