Assalam..
Ceritanya..
Sebelum ni aku pernah bagitahu bahawa aku kerja part time dekat shell. Baru2 ni, ermm dalam 4 hari yang lepas, Aku rasa badan aku ni dah tak berapa nak 'segar'. Aku tak boleh nak bau minyak petrol, secara automatiknya aku rasa loya yang agak melampau.
Walhal sebelum ni ok je. Lepas tu perut aku pulak mula nak memulas-mulas. Apalagi, tempat yang paling baik untuk aku tuju adalah..
TOILET
ya, toilet. Bukan sekali tempat tu aku tuju, bahkan berkali2 aku muntah dan tut..tut.. dan seperti aku agak, aku kena cirit birit. Sepakatnya pula, beberapa anggota keluarga aku juga alami simpton yang sama dan tempat tuju yang sama. So, bila toilet yang satu ni diserbu. Maka wahai pembaca2, anda sendiri faham bagaimana bau toilet itu dengan bau muntah, dengan bau tut..tut yang cirit birit.. erkk.. "WANGI" semacam. ok la. straightnya baunya adalah BUSUK, HANYIR, MASAM, dan etc la. Walaupun dah dicuci setiap kali guna, bau nya tetap kuat.
ok fine, aku tak tahan dengan bau muntah.

Nak dijadikan cerita, badan aku ni yang lemah tak mampu rasanya nak pergi kerja ketika itu, walaupun aku dah ambik cuti, aku dapat rasa, badan aku ni akan ambil masa yang agak panjang untuk kembali 'pulih'.
lagi extreme adalah apabila aku dapati badan aku ni ada tanda2 deman. Aku betul2 lesu. Bila aku call bos nak cuti rehat panjang sikit, bos tak bagi. Aku mula rasa bersalah kalau tak pergi kerja.
Jadi keputusan aku pada keesokannya, aku cakap pada bos

Aku serahkan name tag pekerja aku.
so aku dah menganggur.
Sekarang dah hari ahad, cirit birit + muntah2 aku dah berkurangan. Tapi aku masih deman dan agak tidak berselera makan. Mak cakap aku dah semakin kurus. Bila fikir2 balik

keputusan aku berhenti kerja..hum..
Hari ni aku tengok diri aku dekat cermin. Sebelum aku kerja shell dan sekarang.

Kulit aku yang memang gelap ni semakin gelap, dan lagi 'tragis' bila ianya nampak seperti aku pakai topeng. Selain itu badan aku semakin kurus.
penat ke kerja shell?? yes, of course la sayang.
lagi2 yang jaga pam dan isi minyak. Aku tak maksudkan yang dalam kedai tu ya. Yang bahagian luar. Yang dalam kedai ber 'air cond', itu penat lain la. still penat. Dah nama pun kerja kan.
Aku tabik la, kalau perempuan boleh kerja jaga pam minyak, jadi tukang isi minyak dalam tempoh masa yang lama. Kebanyakkan girl akan tolak nak kerja bahagian luar ni. dan kalau ada pun, mungkin macam aku. iaitu, kerja tak lama.

ok la, apa pun, aku dah gelap banyak. dulu gelap juga.. aku juga masih lemah tiada daya. k la. selamat tidur. arios
salam.