Sunday, October 16, 2011

Resign

Assalam..

Ceritanya..

Sebelum ni aku pernah bagitahu bahawa aku kerja part time dekat shell. Baru2 ni, ermm dalam 4 hari yang lepas, Aku rasa badan aku ni dah tak berapa nak 'segar'. Aku tak boleh nak bau minyak petrol, secara automatiknya aku rasa loya yang agak melampau.

Walhal sebelum ni ok je. Lepas tu perut aku pulak mula nak memulas-mulas. Apalagi, tempat yang paling baik untuk aku tuju adalah..

TOILET

ya, toilet. Bukan sekali tempat tu aku tuju, bahkan berkali2 aku muntah dan tut..tut.. dan seperti aku agak, aku kena cirit birit. Sepakatnya pula, beberapa anggota keluarga aku juga alami simpton yang sama dan tempat tuju yang sama. So, bila toilet yang satu ni diserbu. Maka wahai pembaca2, anda sendiri faham bagaimana bau toilet itu dengan bau muntah, dengan bau tut..tut yang cirit birit.. erkk.. "WANGI" semacam. ok la. straightnya baunya adalah BUSUK, HANYIR, MASAM, dan etc la. Walaupun dah dicuci setiap kali guna, bau nya tetap kuat.

ok fine, aku tak tahan dengan bau muntah.

Nak dijadikan cerita, badan aku ni yang lemah tak mampu rasanya nak pergi kerja ketika itu, walaupun aku dah ambik cuti, aku dapat rasa, badan aku ni akan ambil masa yang agak panjang untuk kembali 'pulih'.

lagi extreme adalah apabila aku dapati badan aku ni ada tanda2 deman. Aku betul2 lesu. Bila aku call bos nak cuti rehat panjang sikit, bos tak bagi. Aku mula rasa bersalah kalau tak pergi kerja.

Jadi keputusan aku pada keesokannya, aku cakap pada bos



Aku serahkan name tag pekerja aku.

so aku dah menganggur.

Sekarang dah hari ahad, cirit birit + muntah2 aku dah berkurangan. Tapi aku masih deman dan agak tidak berselera makan. Mak cakap aku dah semakin kurus. Bila fikir2 balik

keputusan aku berhenti kerja..hum..

Hari ni aku tengok diri aku dekat cermin. Sebelum aku kerja shell dan sekarang.


Kulit aku yang memang gelap ni semakin gelap, dan lagi 'tragis' bila ianya nampak seperti aku pakai topeng. Selain itu badan aku semakin kurus.

penat ke kerja shell?? yes, of course la sayang.

lagi2 yang jaga pam dan isi minyak. Aku tak maksudkan yang dalam kedai tu ya. Yang bahagian luar. Yang dalam kedai ber 'air cond', itu penat lain la. still penat. Dah nama pun kerja kan.

Aku tabik la, kalau perempuan boleh kerja jaga pam minyak, jadi tukang isi minyak dalam tempoh masa yang lama. Kebanyakkan girl akan tolak nak kerja bahagian luar ni. dan kalau ada pun, mungkin macam aku. iaitu, kerja tak lama.
ok la, apa pun, aku dah gelap banyak. dulu gelap juga.. aku juga masih lemah tiada daya. k la. selamat tidur. arios

salam.

8 comments:

merahitujambu said...

awk kerja pam minyak??penat tuuuu.kalau girl biasa nk keje kt tempat aircond..kira tabik laa kt awk

cik tehaa said...

huhu. toilet kat pam minyak mmg busuk! huhuhu.

Ce'gu JAERA said...

kesiannya Feza... sedangkan saya ni pun kalau pam isi minyak saya tak tahan bau petrol, apatah lagi para pekerja yang 24 jam menghidu bau tu kan..

kesihatan itu yang lebih penting.. semoga dapat keja lain yang baik2 yaa...

salam ukhuwah Feza

nia said...

merah itu jambu : yup. kerja di pam minyak. sementara. cari pengalaman. tapi memang dpt byk pengalaman pun.wee

cik tehaa : haha.. dah hari2 orang keluar masuk, yang jauh mahupun yang dekat.ekeke

Gen2Merah : yup, kerana fikirkan kesihatan la buat keputusan berhenti. Amin atas segala doa2 nya. moga dapat kerja lain.

bobiedanbad said...

kesian kat awak, tp hebat boleh juga bertahan klu saya kompom tak ble. tak pebumi Allah luas rezeki ada d mana2

alia zainol said...

doodle2 tu awak buat sendiri ke? pandainya :) mau jugak hehe

nia said...

bobiedanbad : tak menyesal pun kerja kat situ. Boss pun baik. kira ok la. cuma kesihatan yang tak menentu membuatkan saya berhenti. ya, bobiedanbad, bumi ALLAH luas rezeki ada dimana2.amin. terima kasih bg semangat.

alia zainol : buat sendiri, tapi tiru anime la.. kira still tak ori juga kan.heee.. tak pandai la feza nak cipta sendiri. low imaginasi.

Brilliant Marjan said...

salam feza..

lama tak komen..baru sempat hari ni..

feza, sy juga penah kerja dkt stesen minyak, Esso. bukan bahagian dalam tapi luar tu.sama mcm awk..

pendek cerita,tgh tgu SPM dl,sy keje situ dlm 2bulan lebih.lepas STPM pun sama.so dlm 9bulan sy keje..

asal kulit cerah mkin gelap dan tangan kasar penuh minyk..tp makin tak tahan bila lepas STPM sy buat 2 kerja..tp tetap stay keje situ..

sebabnya dekat dgn rumah & tak byk belanja..banyak sy kumpul duit utk smbg pengajian..mmg puas..

tp ramai yg tak sangka, kalau feza tgk sy pun org tak percaya sy sanggup kerja situ..cari rezeki halal!

semoga feza cepat sembuh =)