Saturday, March 17, 2012

Momento

Assalamualaikum

Say say say
mie mie mie
top top top

chikeboom..
chikeboom..


Photobucket

Memori zaman kanak2

kalau ada yang tak pernah main tepuk2 5 masa kecik2 dulu..
tak pernah nyanyi lagu ni..
bohong la kot.

Dulu tak secanggih sekarang.. PS pun takde.
Yang jadi permainan waktu tu jenis kotor dan tak kotor.
Dari main masak2, kawin olok2, batu seremban, jentik penutup botol, galah panjang, ting2, baling selipar, nyorok2, police n thief, dan banyak lagi la.

Maka nya, takkan la main sorang2 kan. Mesti la main dengan kawan2. Lagi syok bila cuti sekolah bermula.. yiehaaa..

Cuti sekolah sekarang??.. adik2 mengadap laptop, PS..
kadang2 main berdua. Kadang2 kaku depan komputer layan fb, layan game sambil dgr muzik.Tak pun mengadap TV dari sejam ke sejam. Tak putus2 siaran. errr...

okla
selamat berhujung minggu...
smile.

Wednesday, February 29, 2012

tahun lompat..

Assalamualaikum..

Hari ni, tarikh yang 4 tahun sekali kita boleh jumpa.

dan hari ni. Aku buat keputusan yang telah dipikir panjang2.. iaitu
aku berenti kerja.

Sebelum ni.. kerja aku.
Greeting dekat customer tiap2 hari.


Dan hari ni, aku hantar baju seragam kerja. Jumpa dengan bos besar. Bos pujuk aku jangan berenti. Banyak kali dia tanya aku. "confirm ke ni nak berenti? dan aku jawab., YA.

ahh.. tak kira tak kira. aku nak berenti jugak.



Misi menyelamatkan diri aku. Menuju ke arah yang lebih baik.

29 Februari..
kita jumpa 4 tahun lagi okeh.
kalau masih diberi nyawa oleh-NYA..

salam

Sunday, February 19, 2012

cikgu

Assalamualaikum..

Agak lama aku tak buat anigif..

Agak jarang juga mengupdate blog..

cerita hari ini bertajuk..

"CIKGU"

aku malas nak tunggu 16 mei la..
ceritanya

cikgu ni bila dekat sekolah, macam2 kerja cikgu buat.


cikgu

Ye la.
Bila kutip yuran... cikgu jadi la akauntan
Bila ceramah.. cikgu jadi motivator
Bila ada pelajar mencuri .. cikgu jadi detektif.

dan begitulah seterusnya kerjaya2 lain yang bakal cikgu buat yang mana guru perlu dan harus buat demi kepentingan pelajar dan sekolah.

Bagi yang telah bergelar cikgu or guru.. aku tabik hormat. Kau amat mulia di mata ku.

kau yang terbaik wahai cikgu.

nota : sabar dalam mendidik, tidak putus asa dalam mengajar. itu lah guru yang aku paling kagum.

Thursday, February 16, 2012

Selesai..

Assalamualaikum

Hari ni, segala penantian yang ditunggu2 telah pun berakhir. Hari apakah??
Hari aku di interview oleh SPP.. (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran).
Semuanya telah selamat. Aku legaa.

Nak je aku melompat macam katak2 kat luar sana. Tapi nampak aneh pulak kan. Arghh.. tak kira..tak kira. aku nak lompat jugak..

dan jerit. YESSS!!
wee..
Senyum2.

Saturday, January 21, 2012

PORENG

Assalamualaikum..

Malam ni aku begini.. Seperti si toyol ni.


Masih ingat kah akan PORENG?
ke tak tahu?
klik siniApa pun, ini lah si kecil PORENG.

Semalam...
Petang semalam PORENG hilang. Tak tahu la kemana PORENG pergi. Keluarga cukup risau. sebab PORENG tak balik2. Cari punya cari tak jumpa2. Malam tu hujan lebat sangat berserta guruh dan ribut.

paginya, Adik cari lagi PORENG.

Berita baik : PORENG ditemui dekat dengan pagar rumah
Berita buruk : PORENG pergi untuk selama-lamanya.

PORENG kaku tidak bergerak lagi. Tubuh poreng basah. Punca kematian aku pun tak tahu. Adakah ditendang orang? adakah mati kesejukan? atau apa? apa? Sebab PORENG sangat mesra dengan manusia. Aku takut ada manusia kejam yang tak suka dengan mesra si PORENG dan menganiayai PORENG.

Mungkin PORENG menemui jalan pulang. Sikit langkah lagi PORENG nak sampai rumah. Tapi... PORENG pulang kaku. PORENG masih begitu kecil. PORENG, begitu cepat tinggalkan kami. Tinggalkan adikmu si PUTEH. Siapa lagi nak bermain dengan PUTEH. Keluarga rindukan PORENG. Aksi manja dan comel PORENG kini hanya tinggal kenangan.

Maaf, Serius aku tengah emosi masa tulis entri ni. Tolonglah jangan tanya mata aku basah atau tak.

nota kecik : Kalau jumpa mana2 kucing terbiar or kucing yang korang tak suka sekalipun, jangan lah guna sepak terajang. Nak halau pun guna la cara baik. Kalau kita disepak terajang macamana kita rasa? sakit bukan.



Ini gambar last PORENG bersama PUTEH

i miss u poreng.

Thursday, January 19, 2012

Adobe ilustrator

Assalamualaikum

Kalau ada yang perasan, akan ada je kartun kat entri2 aku. Dah agak lama aku tak buat cerita toyol. itu biar la dulu, moga2 toyol tu insaf nak jadi orang.

Aku buat kartun2 ni guna Adobe Ilustrator. Mesti pernah dengar kan? Ni cara aku buat kartun.

First, buka adobe ilustrator,
tekan new, dan set luas, yang kita nak lukis. aku guna A4 je. lepas tu tekan ok


keluar la satu ruang putih yang besar. tekan tanda silang.. none seperti dalam gambar bawah.

Step melukis kartun bermula..
lakaran kartun siap dilukis.

Bagi proses mewarna, klik ruang imej yang nak diwarna, double klik kotak putih yang disilang tu.


klik pada ruang imej yang kita buat, dan pilih warna yang kita nak. nak keluarkan kotak warna tu, tekan double klik kat kotak silang yang aku cakap kat atas tadi. pilih warna dan tekan OK. .Kemudian, warna la bahagian badan yang lain.
Kartun dibawah siap diwarnakan.
Akhir sekali, aku letak watermark, then save la ikut jenis format yang aku nak. Biasanya untuk blog, aku save for web and device dan aku pilih png punya format. siap..

k la. out dulu.

Thursday, January 12, 2012

aku ingin cintakan dia

Assalamualaikum..

Dah tahun 2012. Tahun ni, aku ingin sangat untuk belajar mencintai dia. haaaahh.. siapa?
oh, bukanlah siapa2 pun.

aku sebenarnya sangat kagum dengan orang2 yang mencintai buku. Jenis orang suka baca buku la. Apa2 jenis buku yang bermanafaat dibaca untuk mendapat ilmu didalamnya. Malangnya, aku bukanlah jenis manusia yang boleh mengadap buku2 yang aku tak minat tanpa ada rasa mengantuk. lastnya, satu habuk pun aku tak faham apa yang aku baca.

Itu sebab la, aku tabik dengan orang2 yang mencintai buku. Tolongla bagi aku sedikit rasa minat tu. Aku teringin untuk menjadi orang yang cintakan buku. give me power..go go go..

eh..haloo, tolonglah jangan jelik dengan hasrat aku ni. Aku sungguh2 ni tau. Aku suka tengok orang yang suka baca buku2 ilmiah. Aku nak jadi orang macam tu. aku nak..aku nak..
siapa tak suka, boleh ignore entri ni. Ini blog adalah kawasan aku.hak2. sambil angkat2 kening. ok.itu gurau.




nota kecik : baru je satu muka surat aku belek buku falsafah, 4 kali dah aku menguap.alahaiii