Tuesday, November 8, 2011

Penganti

Assalam.

Ini bukan kisah pakwe yang hilang dan mendapat penganti baru ya. huh!. (-_- ')
Tapi ini kisah..

KUCING

Aku pernah cerita pasal haiwan peliharaan keluarga aku.

tekan untuk kisah kucing dan kisah mochek

Baru2 ni, abang bawa balik lagi dua ekor anak kucing. Dia jumpa dalam semak dalam kotak. Mungkin orang buang. Sekali dengan Maknya dan 4 ekor anak2 kucing. Tapi abang aku bawak balik dua je. Nak bawa balik seekor kan, kesian plak tak ada kawan bermain. Nak bawa balik semua kan, ramai sangat.

Memang comel. Matanya warna biru
Seekor warna putih namanya Puteh,
seekor lagi warna putih bertompok kelabu namanya poreng


Bila aku tengok kucing ni. Aku teringat dengan Si Mochek. wuuu..sob2.

Ok, ini gambar kucing tersebut. Tapi tak lawa la gambar ni, aku hanya boleh snap gambar masa kucing ni tengah makan. Sebab kucing2 ni terlalu aktif untuk aku snap. Banyak2 gambar yang aku tangkap, ni je yang tak kabur. Masalahnya, bila kucing ni makan, matanya terpejam. Jadi tak nampaklah warna matanya yang biru tu.

Apa pun
sayangilah kucing. heee

salam

9 comments:

Gen2Merah said...

mulianya orang yang membawa pulang kucing yang terbiar.. kami sekeluarga mmg sayangkan kucing2 ni...
coml kalau kucing warna putih kan..

Hanif said...

betul!!! aku respek ngan abang u..
bnayak pahala dia dapat!!!
Kadang-kadang aku pun nampak kucing terbiar..tapi tak terpikir time tengah apa salah campakkkan sikit makanan kita...
apatah lagi nak bawa pulang!!
Terima kasih entri ini...

abah khalisha said...

kucing abah dl nama Meon, dia selalu kencing dalam tandas..pandai btl kan

cinnamon.com said...

kucing binatang ke sayangan Rasulullah,tapi anak2 kakak semua takut kucing..jumpa kucing lari,kalau pg mkn,bawah meja ada kucing...haru biru meja mkn tu..semua kaki2 naik atas..

ILA HonEyBuNNy said...

aloo comeinya kucing tu...

ila mmg suka kucing mata biru....ada sekor ja kat umah..tp pemalas...ehhehe

diana said...

puteh dan poreng??hehehe..
comel la nama..
kenapa depa buang ye..
kesian nya..

Cik Bayan said...

teringin nak belai2..tp ada sikit problem...TAKUT..

merahitujambu said...

comelnyaa...geram plak tgok

bobiedanbad said...

comel...saya pun sayang kucing :)