Tuesday, August 2, 2011

memesis doodle

As salam

Waktu aku sekolah dulu, Aku tak adalah minat seni.hihi.. Aku ambik subjek seni waktu form 1, 2 and 3 je. Waktu aku form 4, aku dah ambil aliran sains, Jadi hal2 berkaitan seni aku dah tak ambil hal. Walaupun aku aliran sains, aku tak ambil subjek biologi kerana subjek biologi untuk kelas aku telah ditukar ke subjek lukisan kejuruteraan.

Lukisan kejuruteraan lebih kepada bagaimana kita membayangkan sesuatu objek tu diunjurkan. Subjek ini banyak menggunakan daya imaginasi dan ketelitian. Oh tak lupa, praktis pun penting. Lukisan kejuruteraan adalah subjek yang aku skor . Bagi aku, subjek ni lebih 'senang' berbanding subjek fizik, kimia, add math,dan EST yang juga merupakan subjek elektif sama seperti subjek lukisan kejuruteraan.

Bercerita tentang imaginasi, aku fail melukis kartun jika menggunakan daya imaginasi. Doodle2 yang simple boleh la. Tapi kalau doodle2 yang semacam anime tu, itu aku akan tiru dekat wallpaper anime. Of course la sumber nya adalah pakcik google dan mak cik yahoo.

Di bawah ini adalah step melukis anime yang aku lukis mengikut imej asal.

Photobucket

Bila dah siap lukis, bolehlah sesuka hati nak tukar warna, gaya or apa2 je yang nak diubahsuai.

Hah..kan aku boleh tukar2 warna mengikut yang aku nak. Puas bukan. Kalau aku pandai lukis berdasarkan imaginasi, lagi la aku rasa puas. Aku dah cuba tapi tak jadi.

Anime yang siap dilukis, boleh la nak ditambah kerawang2 ke, or dibuang mana2 yang tak nak.
Itulah yang aku panggil memesis doodle.

Cukup dulu buat malam ni.

salam..

No comments: